Posted by Ustz. Dakwah

SYAIR NABI MUHAMMAD
BAHASA MELAYU

MUQADDIMAH

Boleh gunakan lagu ini.

Solli wasallim daaiman ‘alahmada x 2
Wal ali wal ashaabi man qod wahhada x2

Atau ini

Sollaa alaikal-loohu yaa Adnaanii
Yaa Mustofa yaa sofwatar-rahmaani
Alhamdu lillahil-lazii a’tonii
Hazal ghulaamat-toyyibal ardani


Empat puji semuanya milik Allah
Dan selawat salam atas Rasulullah
Serta keluarga dan para sahabat
Dan pengikutnya hingga hari kiamat
Ini sairan kisah nabi Muhammad
Dari sebelum lahir sehingga tamat
Bahar rajaz satu sair dua baris
Yang diambil dari Al Quran dan hadis
Juga dari kitab sejarah muktabar
Yang disusun oleh ustaz Hamdan Muhtar
Alumni pondok pesantren gedong sari
Prambon nganjuk dijawa timur kediri
Semoga Allah memberi pertolongan
Para pembaca mendapat kefahaman
Isinya kita jadikan motivasi
Sunnah Nabi Muhammad kita warisi.

SEBELUM NABI LAHIR

Muharram di tanggal dua puluh dua
Ka’bah akan dimusnah tapi kecewa
Oleh Raja Abrahah yang hasad dengki
Ka’bah hanyalah Makkah yang memiliki
Yaman tidak punya walhal sama Arab
Orang haji pergi Yaman yang diharap
Bila di antara Mina Muzdalifah
Di Wadi Haisir kumpul pasukan gajah
Mereka dihujani dengan kerikil
Yang dilontarkan oleh burung Ababil
Siapa terkena hancur macam rumput
Yang dimakan binatang menjadi reput
Lima puluh hari lepas kejadian
Lahir Muhammad Rasul Nabi pilihan
Sebab itu disebut dalam sejarah
Lahir Nabi dinamakan Tahun Gajah
Hari Isnen tanggal dua belas Maulud
Tidak jemu setiap tahun disambut
Bersamaan Ogos tanggal dua puluh
Pada tahun lima ratus tujuh puluh

NASAB NABI

Ayah Nabi Abdullah Abdul Muttalib
Anak Hasyim dari keturunan Ghalib
Nama ibunya Aminah Binti Wahab
Iaitu adik ipar Abu Lahab

YANG MENYUSUKAN BAGINDA

Nabi menyusu Suwaibah Aslamiah
Kemudian ganti Halimah Sa’diah
Umur Nabi enam tahun ibu wafat
Ikut datuk hanya dua tahun tepat
Datuk mati lalu dibela pamannya
Abu Talib yang miskin ramai anaknya
Umur sembilan tahun hidupnya susah
Buruh mengembala kambing ahli Makkah

PERGI KE SYAM dan RAHIB BAHIRA
USIA 12-15 TAHUN

Umur dua belas tahun mengembara
Dagang ke Syam membantu bapa saudara
Abu Talib ketika di kampong Basra
Dijamu makan oleh Rahib Bahira
Lepas makan Rahib melihat pedagang
Kepada nabi lebih lebih memandang
Nabi disoal jawab caranya makan
Cara tidur dan semua perbuatan
Dilihat belakang badan kesan bekam
Maka Rahib Bahira pasti dan faham
Bahwa ini calon nabi yang terakhir
Maka beliau merasa khuatir
Abu Talib ditanya ini siapa
mesti sudah tidak punya ibu bapa
Rahib kata cepat pergi cepat pulang
Berhati-hati aku terlalu bimbang
Anak ini besuk setelah dewasa
Jadi orang hebat yang luar biasa
Rahib punya murid seorang majusi
Masuk islam namanya Salman Farisi
Rumah Rahib sekarang jadi muzium
Di Jordan yang menjadi kunjungan umum
Umur lima belas ikut perang Fijjar
Hanya menghulur panah sambil belajar
Membantu bapa saudara yang berperang
Nabi hanya di bahagian belakang

NABI NIKAH DENGAN KHADIJAH

Abu Talib jumpa nabi dan berkata
Aku bukan kaya tapi ada unta
Mari jumpa Khadijah buat pinjaman
Untuk modal dagang macam kawan kawan
Khodijah yang kaya raya tapi janda
Memberi pinjaman dua kali ganda
Dagang dibantu Maisarah pemerhati
Balik dari Syam Khadijah jatuh hati
Jarak dua bulan lalu nabi nikah
Dengan Khadijah yang akadnya di Makkah
Usia Khadijah empat puluh tahun
Janda anak tiga yang pertama Hindun
Dengan suami pertama nama Atik
Atik mati lalu kahwin dengan Malik
Punya dua anak Hindun dengan Halah
Atiq mati lalu nikah Rasulillah
Nabi punya anak perempuan empat
Lelaki dua hingga Khadijah wafat
Qasim Zainab Umi Kalsum dan Ruqayah.
Fatimah dan yang akhir nama Abdullah
Qasim dan Abdullah kedua-duanya
Masih kecil telah meninggal dunia.


PEMBINAAN KA’BAH

Nabi umur tiga puluh lima tahun
Ka’bah retak diroboh lalu dibangun
Yang mula bina Ibrahim dan dibantu
Putranya Ismail menghulurkan batu
Bila ka’bah siap mereka berebut
Untuk meletak hajar aswad disudut
Siapa yang masuk masjid lalu pintu
Bani Syaibah dialah jadi penentu
Nabi menentukan letak atas kain
diangkat bersama pembesar yang ingin
Sengketa yang amat panas jadi dingin
Nabi Muhammad digelar nama Amin



DIANGKAT MENJADI RASUL

Umur empat puluh mengasingkan diri
Hingga enam bulan lebih lapan hari
Mengasingkan diri atas jabal enur
Untuk zikir pada Allah dan tafakur
Tujuh belas Ramadan Nabi terima
Surat Alaq ayat satu hingga lima
Lalu Nabi dakwah dengan cara samar
Orang yang pertama iman Abu Bakar
Ali kanak-kanak pertama beriman
Dan Khadijah dikalangan perempuan
Dari anak angkat Zaid Bin Harisah
Yang dari hamba Abdi Bilal bin Rabbah
Lalu Ubaidah Bin Jarrah serta Khatib
Bin Al-Haris dan Ja’far Bin Abi Talib
Abdullah Bin Jahsin Abdullah bin Mas’ud
Dan ramai lagi mereka yang mengikut
Abu Bakar Dakwah ajak masuk Islam
Osman Bin Affan juga Zubair Bin Awam
Sa’ad Abi Waqqas juga Abdurahman
Bin Aufin dan Talhah semuanya iman
Abu Jahal Abu lahab dan ‘Uqabah
Bin Abi Muid malah bencinya tambah
‘As Bin Wail dan juga Akhnas Bin Syariq
Serta Walid Bin Mughirah tetap syirik

HIJRAH HABSYAH (1)

Orang islam disakiti dan dihalang
Tapi tetap dakwah dan terus berjuang
Nabi perintah hijrah ke negeri Habsyah
Orang-orang islam di sana tak susah
Rajab tahun enam ratus lima belas
Orang yang pergi seramai enam belas
Dua belas lelaki empat wanita
Pergi cara senyap dengan serta merta
Osman beserta isteri nama Ruqayah
Abu Salamah dengan Ummu salamah
laila dengan suami nama Khuzaifah
Abu Khuzaifah serta isterinya sahlah
Abdurrahman Bin Aufin Mus’ab Bin Umair
Osman Bin Maz’un Abu Subrah dan Zubair
Suhail Bin Baidha dan Abdullah Bin Mas’ud
Hatib Bin Umar itu nama pengikut
Mereka pergi ke Jeddah dengan pantas
Diburu kafir Makkah tapi terlepas
Sampai Khabsah dilayan Raja Najasyi
Dengan baik walaupun dia Majusyi
Mereka pulang Makkah bila mendengar
Telah masuk islam Hamzah serta Umar

HIJRAH HABSYAH (2)

Orang Islam disakiti dengan sangat
Nabi perintah hijrah para sahabat
Lapan puluh tiga lelaki yang serta
Dengan sebelas orang kaum wanita
Ash bin Wail datang membawa hadiah
Barang kemas husus untuk raja habsah
Dengan kata bahwa tetamu yang datang
Penderhaka diminta dihalau pulang
Habsah memang bijak caranya berfikir
Raswah ditolak malah Ash yang diusir
Baginda mati dengan hunsul khotimah
Rasulullah solat jenazah di Makkah

NABI DIPULAUKAN

Lepas orang quraisy tahu perkembangan
Orang islam hijrah dapat perlindungan
Bani Hasyim Bani Mutalib di pulau
Serta orang Islam di Makah di halau
Tidak boleh mengadangan perhubungan
Jual beli atau apapun rundingan
Surat ditanda tangani dengan penuh
Kecuali Nabi diserah dibunuh
Lalu diletak di gantung dalam ka’bah
Hingga tiga tahun Nabi tetap tabah
Para sahabat duduk di pegunungan
Hingga habis keperluan yang dimakan
Anai-anai makan surat perjanjian
Tanda tangan semua habis dimakan
Ini menurut kata Nabi Muhammad
Pada Abu talib mereka sepakat
Jika tidak benar nabi diserahkan
Pada quraisy jika benar dibebaskan
Surat dilihat ternyata memang betul
Umat islam dibebaskan juga rasul
Itu kesan tulisan Bughait Bin Amir
Yang disokong padu orang-orang kafir

KHADIJAH DAN ABU TALIB MENINGGAL DUNIA

Nabi umur lima puluh sedih hati
Sebab Khadijah dan Abu Talib Mati
Lalu Nabi Hijrah ke Negara Taif
Dengan Zaid minta tolong Bani Saqif
Sampai sana permintaannya ditolak
Dan dilontar batu oleh kanak-kanak

ISRA’ MIKRAJ

Nabi di Taif cuma hanya sebulan
Balik Makkah Nabi diisrak mikrajkan
Isra’ dari Makkah ke Masjidil aqsa
Mi’raj naik langit hingga ke angkasa
Ke Sidratil Muntaha hingga Mustawa
Tinggal nabi saja tiada berdua
Lalu diwajibkan melakukan Solat.
Lima waktunya tujuh belas rakaat

NIKAH ISTERI KEDUA

Suami Saudah mati namanya Sakran
Anak lima semuanya perempuan
Yaitu ketika pulang dari Habsyah
Nabi Sa-udah senasib sama susah
Nabi berjumpa Saudah untuk meminang
Dia suka tapi masih rasa bimbang
Kalau anaknya menyusahkan baginda.
Tapi Nabi terima apa yang ada

NIKAH ISTERI KETIGA

Sebelum hijrah Madinah Nabi Nikah
Dengan Ai-syah yang berlangsung di Makkah
Umur lima puluh satu enam bulan
Aisya tujuh tahun kuat ingatan
Umil mukminin isteri-isteri baginda
Lain dari Ai-syah semua janda
Dia umur lapan belas Nabi mangkat
Umur enam puluh enam dia wafat
Dalam masa hayatnya menjadi mufti
Pakar rujuk semua bidang mengerti
Jadi rawi lebih dua ribu hadis
Masa itu belum ada alat tulis
Belum ada kompiuter alat cetak
Semua hadis disimpan dalam otak
Hikmah nabi nikah gadis umur muda
Yang terpenting menyambung tugas baginda

HIJRAH MADINAH

Penduduk Yasrib selalu bersengketa
Dan sepuluh tahun genjatan senjata
Pada tahun enam ratus enam belas
Jadi perdamian lepas perang Bu’as
Tahun enam ratus dua puluh satu
Orang aus Khazraj menjadi bersatu
Mereka pergi ke tanah suci Makkah
Jumpa Nabi cara sulit di Aqabah
Dua belas orang semuanya beat
Masuk Islam dan berjanji akan taat
Merekapun pulang ke kampung halaman
Dengan membawa agama dan beriman
Tahun enam ratus dua puluh dua
Tujuh puluh lelaki wanita dua
Mereka haji dengan nabi berjabat
Minta nabi hijrah dan para sahabat
Di Madinah Agama Islam berkembang
Pihak Makkah sudah mula rasa bimbang
Jika Nabi Hijrah Yasrib sudah jelas
Perniagaan orang Makkah terjejas
Sebab Yasrib itu laluan terdekat
Dari Makah ke Syam yang akan tersekat
Maka Abu Jahal buat mesyuarat
Rama-ramai untuk membunuh Muhamad
Umur lima puluh tiga tidak kurang
Hijrah Madinah bersama tiga orang
Abu Bakar Amir putra Fuhairah
Abdullah Bin Ura-ikiz ikut hijrah
Nabi Sampai Madinah lalu disambut
Isnin tanggal dua belas bulan Maulud
Nabi singgah di rumah Kalsum Bin Haram
Orang Tua Madinah yang sudah Islam
Nabi Sampai dengan untanya Al-Quswa
Membina Masjid Quba asasnya takwa
Dari Isnin hingga kamis sudah siap
Hanya bahagian depan ada atap
Hari Jumaat berangkat naik unta
Bersama seratus sahabat ke kota
Sampai kampong Bani Salim Nabi rehat
Untuk melakukan sembahyang jumaat
Khutbah dan solat jumaat yang pertama
Lalu Nabi ke pusat bandar bersama
Orang Madinah rasa hatinya suka
Kalau nabi singgah ke rumah mereka
Merekapun berebut tali untanya
Nabi kata biar ikut kehendaknya
Abu Ayyub sopan santun murah hati
Depan rumahnya unta Quswa berhenti

MASJID MADINAH

Anak yatim Sahal dan Suhail Bin Umar
Ada tanah diguna menjemur tamar
Hendak diwakafkan oleh penjaganya
Tapi nabi tak mahu menerimanya
Kalau boleh dibeli sepuluh dinar
Dengan emas kepunyaan Abu bakar

PERJANJIAN MADINAH

Rakyat Madinah ada lima kumpulan
Kehidupannya selalu bermusuhan
Bani Quraizah Qainuqa Bani Nazir
Tiga ini Yahudi yang terus kafir
Bani A-us Khazraj asal satu rumpun
Ramai sudah Islam sejak dua tahun
Nabi mengajak semua masarakat
Hidup rukun aman damai dan sepakat
Pilih pemimpin dan semua setuju
Nabi Muhammad ketua peneraju
Lalu membuat perjanjian bersama
Hidup cara harmoni paling utama


QIBLAT SOLAT BAITUL MAQDIS

Setibanya di Madinah nabi solat
Ke Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat
Lamanya sehingga setahun setengah
Qiblat kembali menghadap arah ka’bah
Ramai setuju dan ada yang menentang
Hingga turun ayat Al-Quran yang terang
Kebaikan bukan hadap timur barat
Tapi Iman Allah dan hari akhirat



WAJIB ZAKAT DAN PUASA

Lepas kiblat bukan ke Masjidil Aqsa
Orang Islam wajib zakat dan puasa
Nabi jumpa Ramadan kali sembilan
Hanya satu sahja yang genap sebulan
Lainnya dua puluh sembilan hari
Masuk satu Syawal solat aidil fitri
Zakat fitrah pula mula dilakukan
Untuk membantu pada lapan golongan
Fakir miskin hamba abdi gharim amil
Muallaf sabilillah dan ibnu sabil

PERANG BADAR

Abu Sufyan memimpin para saudagar
Dagang ke Syam perginya singgah di Badar
Dengan empat puluh pedagang yang serta
Membawa lebih kurang seribu unta
Dia tahu Muhammad akan menyerang
Rombongannya dalam perjalanan pulang
Maka dia menyuruh Dhomdhom bin Umar
Pergi Makkah untuk memberikan habar
Pada Abu jahal minta perlindungan
Dan menghadapi segala kemungkinan
Abu Sufyan pulang dibulan puasa
Diramal singgah badar macam biasa
Nabi serta tiga ratus tiga belas
Sampai Badar pada tanggal empat belas
Tapi Abu Sufyan pulang ikut arah
Yang terlebih jauh tepi Laut Merah
Orang Islam menunggu hampir tak sabar
Tiba-tiba datang satu ribu askar
Dengan kelengkapan perang pada tanggal
Tujuh belas yang dipimpin Abu Jahal.
Allah bantu tiga ribu malaikat
Yang memakai serban kepala diikat
Orang Islam dipimpin Nabi Muhammad.
Mengenali kawan sebut lafaz AMAT
Orang kafir yang dipimpin Abu Jahal
Mengenali kawan sebut lafaz HUBAL
Hamzah membunuh kafir nama Syaibah
Ali pula membunuh Walid Bin Utbah
Ash Bin Wail mati dalam perang Badar
Pedangnya dirampas namanya Zul Fikar
Dua anak lelaki Afraa menyerang
Abu Jahal yang gagah sehingga tumbang
Ibnu Jamuh berjaya memotong lutut
Lehernya dipenggal Abdullah bin Mas-ud
Ditunjukkan kepada Nabi Muhammad
Untuk menuntut harta pampasan jihad
Abu Lahab diwakili Ash Bin Hisham
Dengan upah empat puluh ribu dirham
Dia di Makkah sakit cacar yang teruk
Hingga seminggu mati baunya busuk
Semua orang takut jangkitan cacar
Hingga tiga hari mayatnya terbiar
Nasib Umayyah Bin Khalaf juga mati
Dibunuh Bilal semua puas hati
Kafir Quraisy tujuh puluh yang terkorban
Tujuh puluh empat yang jadi tawanan
Orang Islam mati empat belas orang
Tamat perang pulang dengan hati riang

TAWANAN PERANG

Sebahgian tawanan yaitu Abbas.
Di wajibkan tebus bila mahu bebas
Yang tahu tulis baca suruh mengajar
Hingga pandai sepuluh orang pelajar
Perang mula subuh sehingga ke zuhur
Islam menang kafir Makkah yang berundur
Uqbah Abi Muid, Nadhar keduanya
Tawanan yang mesti dipotong lehernya
Uqbah menyakiti nabi sangat nyata
Nabi solat dijatuhi najis unta
Nadhar Bin Al-Haris kata bahwa Qur’an
Hanya kisah purba dan juga rekaan
Menebus seorang empat ribu dirham
Diguna menambah kekuatan Islam
Antara tawanan perang Abul ‘Ash
Menantu Nabi dan akhirnya dibebas
Suami Za-inab Binti Rasulillah
Masa itu Islam - kafir boleh nikah
Ada anak seorang nama Umamah
Dinikah Ali lepas wafat Fatimah.
Abas bapa saudara Nabi Muhammad
Ditawan dan kedua tangan diikat
Lebih tua dari Nabi dua tahun
Masuk Islam kerana hati terpegun
Kamu tebus Uqail Na-ufal hai Abbas
Jika kamu semua mahu dibebas
Abas mengaku sekarang sudah bengkrap
Ditipu orang qurais pedagang arab
Nabi tanya mana jongkong emas kamu
Yang engkau wasiatkan pada isterimu
Jika aku mati ini barang mahal
Emas untuk Qasam Abdullah dan Fadhal
Masa wasiat hanyalah empat mata
Tetapi Muhammad mampu bercerita
Dengan ini Abbas membaca syahadat
Dan jadi perisik di Makkah yang hebat




KESAN KEMENANGAN PERANG BADAR PADA PENDUDUK MADINAH

Menang perang Badar Islam jadi unggul
Yahudi Madinah takut pada Rasul
Tiga ratus masuk islam pada zahir
Sebenarnya di dalam hatinya kafir
Diikuti tujuh orang perempuan
Abdullah Bin Ubai menjadi pimpinan

YAHUDI BANI QAINUQA’

Sebab perang Yahudi Bani Qainukak
Nabi ajak masuk Islam tapi bongkak
Yahudi yang kaya ramai orang koprat
Februari tahun enam dua empat
Jumlahnya sedikit tapi yang pertama
Ingkar janji yang dipakati bersama
Nabi seru iman mereka menentang
Malah mencabar nabi mengajak perang
Dua minggu diserang juga diserbu
Mereka berlindung masuk dalam kubu
Akhirnya mereka mengajak berdamai
Perjanjian dengan Islam pun dimetrai
Setuju pindah Azri’at negeri Syam
Harta ditinggalkan untuk orang islam
Baju besi tumbak pedang juga panah
Banyak lagi yang ditinggal di Madinah
Yahudi Qainuqa pergi semuanya
Dari Madinah sama anak istrinya


PERANG SAWIQ

Tiga bulan lepas tamat perang Badar
Perdana mentri hendak buktikan nazar
Selagi belum memerangi Muhammad
Tidak sekali-kali mandi janabat
Dengan dua ratus orang naik unta
Ke Madinah agar nazar jadi nyata
Masuk Madinah diatur waktu malam
Jumpa orang yahudi Salam Bin Misykam
Tengah malam membakar tanaman tamar
Dan membunuh penjaga Ma’bad Bin Umar
Nabi dan dua ratus orang mengepung
Merekapun lari dan membuang tepung
Agar lari dengan cepat terus balik
Perang ini denamakan perang sawik

PERANG UHUD

Kafir Qurais kalah dalam perang Badar
Balas dendam kumpul tiga ribu askar
Tahun tiga hijrah Syawal tanggal lima
Tiga ribu askar berangkat bersama
lalu Abbas segera memberi khabar
Dengan surat yang dibawa Bani Ghiffar
Bayar lebih tak apa yang penting cepat
Tiga hari Nabi menerima surat
Nabi minta pandangan para sahabat
Mengadakan berjumpaan mesuarat
Mejoriti setuju pergi ke Uhud
Kalau tidak kita dianggap penakut
Abdullah Bin Ubai kata yang terpenting
Kita perlu jaga rumah masing-masing
Rejam batu bila musuh sudah datang
Nescaya mereka takut lalu pulang
Empat belas Syawal di hari jumaat
Khutbah Nabi memberi dorongan jihad
Rasulullah bersama seribu orang
Gerak dari Madinah Juma-at petang
Nabi tinggalkan pandangan orang tua
Abdullah Bin Ubay hatinya kecewa
Lalu mempengaruhi dari berperang
Patah balik dengan tiga ratus orang
Yang di bawah umur dewasa dilarang
Ikut perang ada tujuh belas orang
Seperti Abdullah Bin Umar dan Sa’id
Bin Huzri Osama dan Zaaid Bin Thabit
Lepas subuh nabi memberi amanah
Pada lima puluh orang pakar panah
Agar jaga atas bukit dan mengawal
Kalah menang atas bukit jangan tinggal
Talhah Abi Talhah mengibar bendera
Mencabar dengan tinggi nada suara
Ali menyahut cabaran lawan pedang
Talhah patah kaki dan Ali yang menang
Bendera dibawa Osman adik Talhah
Lawan dengan Hamzah pinggang Osman patah
Abu Sa’id Bin Abi Talhah yang ganti
Dipanah Sa’ad bin Abi Waqash mati
Musafi’ bin Talhah membawa bendera
Dipanah Asim mati kerna cedera
Kafir Makkah yang bawa bendera tewas
Sudah tukar dan ganti kali sebelas
Awal perang Uhud orang Islam menang
Dan mereka berebut rampasan perang
Hingga orang yang mengawal atas bukit
Ikut turun yang tinggal hanya sedikit
Khalid Bin Al-Walid ambil kesempatan
Cepat naik dan di-ikuti pasukan
Abdullah Bin Jubir dan kawan sepuluh
Yang di atas bukit semua dibunuh
Orang Islam sudah jadi kelam kabut.
Siar perang lafat AMAT tak disebut
Dan keliru membunuh kawan sendiri
Ramai juga orang islam yang berlari
Sahabat yang bernama Mus’ab Bin Umair
Dibunuh Ibnu Qamiah orang kafir
Rupanya mirip wajah Nabi Muhammad
Sebab ini perang Uhud jadi tamat
Kata Abu Sufyan kita sudah menang
Muhammad mati kita tak perlu perang
Hanya empat belas orang yang berkumpul
Yang tetap setia dan mengawal Rasul
Sa’ad Zubair Abu Ubaidah dan Umar
Talhah Abdurrahman serta Abu Bakar
Abu Dujanah Sahal Usid Bin Hudir
Sa’ad Sahal Haris dan Khabbab Bin Munzir
Perang uhud sebab orang Islam kalah
Tiga ratus diajak pulang Abdullah
Dan berita bahwa Nabi sudah wafat
Serta orang islam tinggalkan wasiat
Orang Islam mati syahid tujuh puluh
Orang kafir lebih dari dua puluh



MENYEKSA JENAZAH HAMZAH

Kafir Qurais menyeksa pada jenazah
Hindun makan dan menelan hati Hamzah
Dan Juga jenazah Abdullah Bin Jahas
Diseksa hingga hati mereka puas
Ali disuruh agar memerhatikan
Bagaimana cara pulang Abu Sufyan
Bila menuntun kuda dan naik unta
Itu maksudnya hendak menyerang kita
Kalau sebaliknya itu hendak pulang
Ke Makah dan sudah tidak mahu perang
Diperhati naik kuda dan berjalan
Maksudnya orang Madinah sudah aman
Lalu Nabi mengumpul para sahabat
Dengan baris yang seperti hendak solat
Mereka pulang sampai rumah di ejek
Abdullah Bin Ubai ketua munafek
Sahabat yang pulang dulu dima-afkan.
Apa yang berlaku jadi pelajaran
Kalau Nabi hati keras cakap kasar
Justru mereka akan lari dan bubar

PERANG HAMROIL ASAD

Tanggal enam belas jatuh hari Ahad
Orang Islam pergi ke Hamro-il asad
Memburu musuh yang telah dimaklumkan
Mereka sedang menyusun kekuatan
Nabi mensyaratkan kepada pengikut
Hanya orang yang pergi ke perang uhud
Sampai di Hamro-il Asad musuh bubar
Jumpa seorang bekas tawanan Badar
Nama Abul Izzah seorang seniman
Yang dibebaskan dengan tanpa bayaran
Minta maaf tak mengulang lain kali
Lalu di bunuh oleh sahabat Ali

PERANG AR-ROJIK
DENDAM ORANG QURAISY

Bulan Safar tahun ke empat bersama
Mei tahun enam ratus dua lima
Sekumpulan orang kafir tipu helah
Mereka meminta pada Rasulillah
Minta guru mengajar agama Islam
Bagindapun menghantar sahabat enam
Marsad Alghanawi dan Ashim Bin Sabit
Habib Bin ‘Adiy Semua mati Shahid
Khalid Bin Bukair dan Zaid Bin Dasinah
Abdullah tariq brangkat dari Madinah
Nabi melantik Amir kepada Marsad
Tapi mereka dibunuh dengan dahsat
Sampai Huzail mereka terus dikepung
Dan senjatanya dirampas orang kampung
Mereka berkata kami akan jual
Kamu semua dengan harga yang mahal
Marsad Asim dan Khalid memang pahlawan
Walau tiga orang berani melawan
Tangan kosong melawan satu daerah
Mereka mati dan berlumuran darah
Zaid Abdullah serta khabib diikat
Dibawa ke Makkah Abdullah bertekat
Sampai sempadan Makkah membuka tali
Pegang pedang direjam sehingga mati
Zaid dan Hubaib sampai masuk ke Makkah
Zaid dibeli Sofwan Bin Umayyah
Sebab zaid yang membunuh ayah sofwan
Akan dibalas bunuh jadi balasan
Abu Sufyan Tanya Zaid apa kamu
Rela andai Muhammad menggantikanmu
Zaid berkata duri yang menyakiti
Pada nabi tak rela menjadi ganti
Abu Sufyan kata tiada cintanya
macam sahabat Muhammad kepadanya
Zaid dibunuh di Tan’im oleh safuan
Dengan menyuruh Nastos hamba suruhan
Lebih dahsad pembunuhan pada Khubaib
Juga di Tan’im dengan cara disalib
Tipu helah orang kafir memang licek
Sejarah menyebutnya perang Ar-rojek



PERANG BI’RUL MA’UNAH

Trajedi bulan Safar tahun ke empat
Nabi mengutus empat puluh sahabat
Nafi’ bin Budail Al-Haris bin Assomat
Dan juga ‘Urwah bin Asma bin Assolat
Amir bin Fuhairah dan Haram Bin Milhan
Serta empat puluh sahabat pilihan
Pergi Najdin daerah Bi’ru Ma’unah
Untuk menyebar islam dengan berdakwah
Atas permitaan Abi Barra ‘Amir
Nabi setuju dengan rasa khawatir
Sampai di Najdin Bin Milhan dan Bin Budail
Serah surat kepada Amir bin Tufail
Surat nabi tidak dibaca malahan
Dia dibunuh dan yang lain di tahan
Oleh Bani Salim,Zakwan dan lainnya
Orang Islam dikepung atas ontanya
Semua dibunuh Pedangnya di rampas
Kecuali Ka’ab yang dianggap tewas
Abu Barra sungguh susah dan menyesal
Hingga menjadi sebab dia meninggal
Sebab dia jadi pembunuhan ngeri
Amir Bin Tufail anak buah sendiri




PERANG BANI NADHIR

Pengharaman arak yang asalnya halal
Tahun empat di bulan Rabiul Awal
Tahun enam ratus dua puluh lima
Dengan masa perang Bani Nadhir sama
Pada hari Sabtu Rasulillah solat
Di Masjid Quba serta para sahabat
Lalu pergi perkampungan Bani Nadhir
Yang mengikat perjanjian tapi mungkir
Ketika Nabi rehat hendak dihempas
Dengan batu yang diangkat dari atas
Nabi menyuruh Muhammad Bin Muslimah
Menghalau Bani Nadhir dari Madinah
Diberi tempuh sepuluh hari lagi
Mesti Bani Nadhir semuanya pergi
Bin Ubai berkata wahai Bani Nadhir
Agar kamu semua jangan khuwatir
Kami membantu jika kamu diserang
Bersama Quraizah dua ribu orang
Maka Bani Nadhir berani melawan
Mengharap Quraizah memberi bantuan
Orang Islam beramai-ramai keluar
Setelah mendengar Yahudi mencabar
Abdullah bin Ubai ternyata berbohong
Bani Quraizah tidak mahu menolong
Bani Nadhir ternyata tak ada kawan
Bila diserang tidak mampu melawan
Setelah lima belas hari menyerah
Akur pada keputusan Rasulillah
Mereka boleh pergi membawa harta
Dengan meninggalkan semua senjata
Lalu mereka ramai-ramai keluar
Ke Syam dan ada yang pergi ke Kha-ibar

PERANG ZATIRRIQO’

Perang Zatirriqak bendera di tampal
Tahun empat di bulan Rabiul Awal
Ada khabar yang sampai kepada Rasul
Bahwa di Ghatafan orang kafir kumpul
Dan berpakat Madinah hendak diserang
Nabi pergi dengan empat ratus orang
Nabi sampai Ghathafan mereka lari
Naik bukit dan tidak dapat dicari
Allah menurunkan Al-Qur-an yang terang
Cara solat berjamaah masa perang
Dalam suasana perang di perintah
Agar mendirikan solat berjemaah
Apa lagi dalam suasana aman
Jangan kita solat dengan sendirian





PERANG BADAR YANG AKHIR
(BADAR KECIL)

Perang uhud Abu Sufyan dengan umar
Janji tahun depan bertemu di Badar
Untuk meneruskan lagi peperangan
Pada musim jualan barang dagangan
Yaitu di bulan Sya’ban tahun empat
Tapi bila masa perang sudah dekat
Abu Sufyan membuat tipu dan helah
Menghantar wakil bertemu Rasulillah
Nama Naim untuk menakut-nakutkan
Bahwa Makkah mengumpulkan kekuatan
Nabi Jawab walaupun aku seorang
Tetap datang untuk meneruskan perang
Pihak Madinah tawakkal tidak takut
Seribu lima ratus tentera yang ikut
Nabi berada di Badar tiga hari
Dan Abu Sufyan janjinya diingkari
Sudah jalan dengan dua ribu orang
Di tengah perjalanan di arah pulang
Kafir Qurais memang tidak minat perang
Bila diarahkan pulang tambah girang
Orang islam menunggu musuh tak datang
Ramai-ramai pergi pasar untuk dagang



PERANG DAUMATIL JANDAL

Tahun lima di bulan Rabiul awal
Orang islam pergi ke Daumatil jandal
Jarak perjalanan lima belas hari
Dekat Tabuk dari Damsyik lima hari
Nabi bersama dengan seribu orang
Sampai Daumatil jandal tak jadi perang
Sebab tidak Jumpa musuh yang menghilang
Nabi dan para sahabat terus pulang

NIKAH HINDUN/UMMU SALAMAH

Hindun istri Abdullah Bin Abdul asad
Ikut hijrah Habsyah punya anak empat
Salamah Umar dan Barrah serta Durrah
Pulang Makkah lalu ke Madinah hijrah
Abdullah perang Badar luka badannya
Hingga mengakibatkan kematiannya
Dengan itu Hindun sudah jadi janda
Lalu dipinang dan dinikah baginda
Pada masa baginda datang meminang
Sebenarnya hindun suka tapi bimbang
Sebab sudah tua dan kuat cemburu
Ramai anaknya jadi serba keliru
Tetapi Nabi terima seadanya
Serta ditanggung kesemua anaknya
Nabi berusia lima puluh tuju
Hindun dua puluh sembilan setuju
Ummu salamah yang menjadi gelaran
Yang selalu ikut Nabi peperangan
Ibu Hindun itu kakaknya Abdullah
Pangkatnya masih sepupu Rasulullah

NIKAH ZAINAB BINTI JAHSYIN

Pada bulan Safar tahun lima hijrah
Nabi nikah Zainab nasa asal Barrah
Nama ibunya Umaimah binti Abdul
Mutalliab jadi masih sepupu Rasul
Zainab bekas istri Zaaid bin Harisah
Yang hidupnya terus menerus gelisah
Sebab tidak seimbang kehidupannya
Zaid disuruh sabar menghadapinya
Akhirnya Zaid menceraikan Za-inab
Sebab enggan memenuhi tanggung jawab
Lalu dinikah Nabi selepas tamat
Idahnya dan dibatalkan anak angkat

PERANG BANI MUSTALIQ/ MURAISI’

Tahun enam ratus dua puluh enam
Desember perang Mustaliq dengan islam
Bersamaan bulan Sya’ban tahun lima
Orang munafiq ramai ikut bersama
Orang kafir yang mati sepuluh orang
Tujuh ratus menjadi tawanan perang
Barrah Bintil Haris termasuk tawanan
Suami mati Musafi’ bin Safuan
Masa pembahgian Tawanan diundi
Thabit dapat Barrah jadi hamba Abdi
Barrah Minta pertolongan Rasulillah
Ditebus dan setuju untuk dinikah
Barrah putri ketua Bani Mustalik
Umur dua puluh tahun sangat cantik
Namanya ditukar dengan Juwairiyah
Wafatnya tahun lima puluh hijriah

BERITA DUSTA

Rantai Aisyah hilang entah ke mana
Dia mencari hingga tertidur lena
Sofwan Muattol berjalan naik unta
Menyuruhnya naik tanpa bercerita
Dia menuntun unta berjalan kaki
Lalu Abdullah bin Ubai mengesyaki
Dan menuduh Sofwan melakukan onar
Di Madinah berita ini tersebar
Hampir saja Nabi ceraikan Aisyah
Hingga sakit sebulan kerana susah
Allah menurunkan ayat kesebelas
Surat Annur yang maknanya amat jelas
Aisah tidak salah dan yang menuduh
Berzina disebat kali lapan puluh


PERANG KHANDAK/ PARIT

Bulan Syawal tahun lima perang khandaq
Heronya Salman Farisi asal Iraq
Cadang gali parit semua setuju
Tahun enam ratus dua puluh tuju
Salman punya pengalaman amat pahit
Bila musuh sangat ramai gali parit
Yahudi musyrik serta kafir bersatu
Ini dikenal Ahzab perang sekutu
Pembesar Yahudi Salam anak Misykam
Mengajak kafir Makkah menyerang Islam
Tentra sekutu sepuluh ribu orang
Gerak pergi Madinah untuk berperang
Yahudi Madinah ambil kesempatan
Bila orang islam dalam kesempitan
Orang islam gali parit siang malam
Nabi diserang dari luar dan dalam
Habis menggali parit musuh pun datang
Nampak parit yang besar khemah dipasang
Orang islam buat cangkruk jaga parit
Ada tujuh semua disebut masjid
Perang Ahzab dengan Islam di Madinah
Senjata yang terpenting batu dan panah
Orang kafir yang mati Amru Abdiwud
Lawan pedang dengan Ali hingga maut
Yang terkena panah Munabbih Bin Osman
Matinya di Makkah tanpa bawa iman
Orang Islam yang terkena panah Sa’ad
Dibawa masuk khemah untuk dirawat
Saad bin Muaz berdoa jangan mati
Hingga Quraizah terbalas senang hati
Seorang kafir yang bernama Naufal
Sebrang parit direjam hingga meninggal
Orang nama Nuaim bin Mas’ud bin Amir
Sebenarnya Islam dan zahirnya kafir
Minta izin Nabi supaya terjadi
Berselisih faham ahzab dan yahudi
Rasulullah pun memberi keizinan
Yang sebenar perang itu penipuan
Allah menurunkan musibah dan azab
Yang menimpa kepada tentera Ahzab
Sejuk sangat angin kuat landa khemah
Debu naik Abu Sufyan ber ceramah
Katanya khemah dilanda angin kencang
Dan janji yahudi tak boleh dipegang
Sebab itu mari sama-sama pulang
Mereka menyahut dengan hati riang
Begitu perang ahzab tamatlah sudah
Rabu tanggal tujuh bulan Zulkaedah




PERANG BANI QURAIZAH

Nabi solat subuh pedangpun disimpan
Waktu zuhur Nabi memberi arahan
Agar bagi sesiapa yang mendengar
Mesti ada di Qu-raizah solat asar
Dengar seruan ini para sahabat
Terus siap dan bergerak dengan cepat
Quraizah enam kilo dari Madinah
Bila diserang menyorok bawah tanah
Huyyayin Bin Akhtob dan Ka’ab Bin Saad
Dua pembesar yahudi sangat jahad
Sudah tiga minggu lalu bersepakat
Meminta jadi hakim Saad bin Muad
Keputusan Hakim Saad amat tegas
Mereka dibunuh hartanya dirampas
Tujuh ratus lima puluh yang dibunuh
Dan ditanam satu tempat hingga penuh
Saad yang dulu pernah terkena panah
Wafat di maqamkan di baqi’ Madinah
Nabi arah kumpulkan rampasan perang
Ada seribu dan lima ratus pedang
Lembing dua ribu dan baju besinya
Tiga ratus dan banyak lagi lainnya
Kambing unta dan banyak dapat binatang
Diberi kepada yang ikut berperang


UMRAH HUDAIBIYAH

Bulan Zulkaedah tahun enam hijrah
Nabi mimpi pergi Makkah buat umrah
Dapat cukur serta botak dengan aman
Tahun enam ratus dua puluh lapan
Tidak lama Nabi pun terus berangkat
Serta seribu lima ratus sahabat
Di Bir Ali niat dan baca talbiyah
Dan terus berjalan sampai Hudaibiyah
Nabi rehat dan menyuruh pada Osman
Berjumpa perdana menteri Abu Sufyan
Menerangkan datang hanyalah ziarah
Dengan pakaian ihram membuat umrah
Osman dengan delagasi yang sepuluh
Ditahan dan di sangka sudah dibunuh
Nabi dengan para sahabat berpakat
Mengadakan perjanjian terus taat
Menuntut bela darah sahabat Osman
Satu dengan lain bersalam salaman
Jika kita ingin tahu lebih jelas
Baca surat Al-Fatah ayat sebelas
Bila Abu Sufyan tahu serta faham
Kerjasama dan semangat orang Islam
Dia takut dan menyuruh pada Suhail
Bin Amru jumpa Nabi sebagai wakil
Ali disuruh menulis perjanjian
Di antara Nabi dengan Abu Sufyan
Tahun ini masuk Makkah tak diberi
Tahun depan boleh hanya tiga hari
Dengan syarat tidak membawa senjata
Tipu helah Suhail sudah amat nyata
Selama sepuluh tahun tidak perang
Orang Islam ke Makkah tidak dilarang
Orang Makah bila bertemu Muhammad
Tanpa izin walinya harus disekat
Perkara yang menyebabkan peperangan
Antara kita sekarang dilupuskan
Tiada penipuan atau khianat
Ini inti yang terkandung dalam surat
Perjanjian ini Suhail yang menyimpan
Orang islam membawa satu salinan
Tiba tiba ada muallaf yang muncul
Dan dikejar kejar nama Abu Jundul
Minta dilindungi dan tidak dilayan
Nabi menghormati pada perjanjian
Para sahabat ramai yang tidak sabar
Kecuali satu hanya Abu Bakar
Umar marah pasal rasa tidak tahan
Nabi jawab saya tak maksiat Tuhan
Lalu Nabi sembelih unta hadiyah
Lalu dicukur Kharras bin Umayyah
Semua sahabat ikut bertahallul
Bercukur dan botak ikut Sunnah Rasul
Tiga kali nabi memanjatkan doak
Semoga diampun bagi yang berbotak
Kali keempat nabi baru menyebut
Minta ampun bagi yang memotong rambut
Tujuh puluh ekor unta sudah tumbang
Fakir miskin semua merasa girang
Pulang ke Madinah berpakaian halal
Walau pun umrah yang sebenarnya gagal
Di pertengahan jalan Madinah Makkah
Allah turunkan ayat surah Al- Fatah

KESAN PERJANJIAN HUDAIBIAH

Seorang muallaf Makah Abu Bashir
Datang ke Madinah tetapi diusir
Abu Jundul serta tujuh puluh kawan
berjumpa Abu Bashir di tengah jalan
Makin tambah orang Makah - Juhainah
Tiga ratus tak boleh masuk Madinah
Peniaga Qurais bertembung di jalan
Mereka dibunuh hartanya dimakan
Abu Sufyan lalu membuat rayuan
Masuk ke madinah harap dibenarkan







NABI HANTAR SURAT PADA PEMBESAR
NEGARA

Sampai Madinah Nabi mengirim surat
Pada pembesar negara yang terdekat
Kepada Kisra raja negara Parsi
Supaya Islam dan tinggalkan majusi
Raja Rum Hiraqla atau Herkulis
Dan raja Mesir bangsa qibti Muqauqis
Surat dibalas hadiyah yang menarik
Jariyah bernama mariyah yang cantik
Dinikah Nabi punya anak seorang
Ibrahim yang usianya tidak panjang
Hanya enam belas bulan sudah mati
Para sahabat kecewa dalam hati
Kirim surat ke Raja Habsyah di Yaman
Yang pertama supaya bertambah iman
Yang kedua Nabi mempunya hajat
Nikah Ramlah suaminya mati murtad
Nama Ubaidillah Bin Jahsyin yang punya
Anak satu Habibah itu namanya
Akad nikah Rasulullah diwakili
Khalid bin Said Najasyi jadi wali
Kirim surat ke Yamamah bangsa Arab
Negeri pembohong Musailamah Kazzab
Juga antar surat ke Negara Uman
Yang ada di pesisir lautan Yaman
Bahrain tidak tertinggal juga dikirim
Pembesarnya Munzir Bin Sawi Attamim
Raja Najasi Bahrain dan juga Uman
Semua terbuka hati lalu iman

PERANG KHAIBAR

Orang Yahudi semua sudah pindah
Ke Syam dan ke Khoibar tinggalkan Madinah
Markaz Yahudi pertahananya kuat
Senjata lengkap orangnya pengkhianat
Nabi faham sebab ada pengalaman
Jiran orang yahudi tak boleh aman
Tahun enam ratus dua puluh lapan
Islam seribu enam ratus pahkawan
Bulan Muharram tahun tujuh hijriyah
Pesertanya orang umrah hudaibiyah
Orang orang munafiq ramai yang ingin
Ikut perang tetapi tidak di izin
Jumlah tentra Islam kurang dua ribu
Orang Khoibar dijangka sepuluh ribu
Bendera dibawa orang yang dicinta
Oleh Allah tapi dia sakit mata
Rasulullah berdoa serta meminta
Pada Allah Ali sembuh serta merta
Perang Khaibar tiga minggu amat sengit
Lima belas orang Islam mati Syahid
Orang yahudi sembilan puluh tiga
Banyak rampasan perang hatipun lega

NIKAH SOFIAH

Tawanan perang dibagi dan Sofiah
Tepat bahagian sahabat Dahiyah
Sebab sangat cantik dan menjadi putri
Anak Hayyin yang jadi perdana menteri
Maka tidak sesuai jika lain
Untuk Nabi dan jadi Umil mukminin
Za-inab binti Hayyin namanya ganti
Nama Sofiyah dan suaminya mati

NABI DIRACUN

Za-inab binti Al-Haris isteri Salam
Bin Misykam sangat ingin membalas dendam
Daging kambing diracun dan dihidangkan
Pada Nabi dan dipersilahkan makan
Hendak makan Nabi arahkan sahabat
Angkat tangan Zainab disoal siasat
Dia kata ingin uji kebenaran
Jika kamu tidak mati aku iman
Zainab masuk Islam dan baca sahadat
Nabi memang memaafkan pada umat
Sebab terlanjur Basyar Bin Barro mati
Rasulullah bekam cara mengobati
Dalam perjalanan pulang istirahat
Sangat letih tidur dan bangunnya lambat
Bilal diarah iqomah dan sembahyang
Berjemaah subuh walau sudah siang

PERDAMAIAN YAHUDI FADAK

Fadak perkampungan yahudi yang hampir
Dengan Khaibar mereka rasa khawatir
Sebab Yahudi Khaibar dapat ditawan
Maka mereka meminta perdamaian
Menyerahkan separuh hasil negara
Pada Nabi nyawanya terpelihara
kepada musafir harta diberikan
Sebab ini dapat tanpa peperangan

PERANG YAHUDI WADIL QURO DAN TAIMA

Dari Fadak dalam perjalanan pulang
Singgah di Wadil qura untuk berperang
Empat hari diserang mereka tewas
Orang Yahudi yang dibunuh sebelas
Amru Bin Said bin Ash dilantik jadi
Gabenur Wadilqura kampong Yahudi
Yahudi Taima datang beramai-ramai
Sanggup bayar cukai dan meminta damai
Selepas mereka semua mengerti
Kekalahan Wadilqura takut mati
Yazid Bin Abu Sufyan jadi gabenor
Orang orang yahudi sudah tersungkur

JAKFAR DATANG MADINAH

Nabi pulang Madinah dari Khaibar
Sama-sama dengan ketibaan Jakfar
Dari Habsyah sejak dua belas tahun
Rasulullah gembira sangan terpegun
Jakfar menari gembira sangat girang
Nabi memerhati dan tidak melarang
Dengan enam belas orang jumpa Rasul
Bersama Ramlah yang sudah ijab Kabul


KHATIB BIN ABI BALTAAH

Tahun ini Hatib bin Abi Baltaah
Datang dari Mesir membawa hadiah
Bighal, kuda, serta himar dan Mariyah
Pakaian semua untuk Rasulilah
Nabi membuat minbar untuk berkhutbah
Orang Islam semakin hari bertambah

UMRAH QADA

Bulan Zulkaedah tahun tujuh hijrah
Nabi serta dua ribu orang umrah
Masehi tahun enam dua sembilan
Umrah Qada tahun lepas yang di tahan
Siapa yang ikut umrah Hudaibiyah
Wajib mengikuti jadinya meriyah
Nabi bawa enam puluh ekor unta
Serta membawa kelengkapan senjata
Orang kafir Makkah segera berkumpul
Setelah mendengar kedatangan Rasul
Mereka berkata orang-orang islam
Datang Makkah kami yakin akan demam
Maka Nabi Tawafnya dengan Ittibak
Membuka lengan kanan nampak ketiak
Sai dengan jalan ramal cepat cepat
Kafir Qurais anggap orang islam hebat
Nabi Sai naik untanya Elquswa
Tujuh kali antara Safa dan Marwa
Habis sai sembelih unta tahallul
Para sahabat mengikut sunnah Rasul
Umrah ini Nabi sangat hati-hati
Dengan cara bergilir silih berganti
Setiap kumpulan dua ratus orang
Yang lain di luar jaga alat perang
Semua sudah umrah dengan teratur
Sudah tiga hari disuruh beransur

NIKAH MAIMUNAH

Bekas istri Hamzah yang bernama Barrah
Dinikah baginda tahun tujuh hijrah
iaitu lepas umrah yang kedua
istri nabi yang terakhir dan tertua
ditukar dengan nama baru Maimunah
dan terus mengikut nabi ke Madinah

PERANG MU’TAH

Di tahun lapan bulan Jumadil awal
Perang Mu’tah di Jordan kota terkenal
Sebab Haris Bin Umair mengantar surat
Ke Rom singgah Mu’tah lalu disiasat
Ditahan oleh Sarhabil anak umar
Dan dibunuh beritanya jadi gempar
Nabi arah pada tiga ribu askar
Amirnya Zaid Bin Harisah dan Jakfar
Jika keduanya terkena musibah
Diganti dengan Abdullah bin Rowahah
Kata Nukman yahudi wahai Muhammad
Saya yakin tiga amir mesti wafat
Nukman kata jakfar buatlah wasiat
Dijawab aku yakin katamu tepat
Sebelum tiga ribu askar berangkat
Nabi bersabda memberikan amanat
Jangan bunuh wanita dan kanak-kanak
Tanaman dan bangunan jangan dirosak
Raja Herkulis menggerakkan askarnya
Lebih satu ratus ribu bilangannya
Tentra Islam mengadakan mesyuarat
Cara berdepan musuh yang sangat kuat
Sebahgian ada yang punya pendapat
Hantar surat kepada nabi Muhammad
Sama ada askar ditambah bilangan
Atau bagaimana meminta pandangan
Abdullah Bin Rowahah punya pandangan
Para sahabat memberikan sokongan
Kalau menang mulia jika kita kalah
Kitapun mati syahid fisabilillah
Lalu mereka meneruskan berjihat
Dengan bekalan iman serta semangat
Zaid membawa bendera dan dikibar
Terkena tumbak mati diganti Ja’far
Tangan kanan kiri patah keduanya
Bendera di himpit dengan ketiaknya
Pertempuran terus rancak serta sengit
Sehingga Ja’far pun juga mati Syahid
Lalu yang menjadi panglima diganti
Abdullah bin Rowahah dia pun mati
Diganti Sabit Bin Aqram al-Ajlani
Tapi memimpin perang tidak berani
Khalid Bin Walid dipilih jadi amir
Orang Islam pulih tidak kocar kacir
Depan belakang ditukar kiri kanan
Musuh anggap Islam ditambah bilangan
Perang rancak sehingga seminggu penuh
Orang kafir tak terbilang yang dibunuh
Nabi baca khutbah berita gembira
Islam perang musuh ramai tak terkira
Zaid, Ja’far, dan Abdullah bin Rowahah
Mati Syahid mintakan ampunan Arwah
Lalu khalid Jadi Amir kerna Allah
Menang besar Khalid digelar Saifullah
Dan Nabi takziah Asma binti Umais
Istri Ja’ar supaya jangan menangis
Nabi mengarahkan membuat makanan
Untuk keluarga sedang kesusahan
Lalu Abu bakar bernikah dengannya
Punya anak satu Ruqayah namanya
Selepas ditinggal mati Abu Bakar
Nikah dengan Ali bekas adik ipar

PERANG FATAH

Nabi menghormati perjanjian damai
Walau tidak disenangi orang ramai
Perjanjian Hudaibiah yang menguji
Makkah terperangkap mengingkari janji
Dua tahun mereka sudah menyerang
Khuzaah yang mati dua puluh orang
Nabi di Madinah setelah mendengar
Marah yang sangat dan sudah hilang sabar
Setelah Abu Sufyan merasa salah
Pergi Madinah berjumpa Rasulillah
Melihat anaknya Ramlah terpetanjat
Ayahnya datang justru karpet dilipat
Minta maaf atas salahnya yang nyata
Perang dalam masa genjatan senjata
Nabi tidak melayan sama sekali
Lalu jumpa Abu Bakar Umar Ali
Semua mengikut cara Rasulillah
Walau orang yang merayu ayah Ramlah
Sabda Nabi siapa orang beriman
Berhimpun di Madinah awal Ramadan
Sabda lagi Abu Bakar sebenarnya
Macam Nabi Ibrahim lembut hatinya
Umar macam Nabi Noh yang tidak sabar
Menghadapi Makkah ikut watak Umar

KHATIB BIN ABI BALTAAH KIRIM SURAT

Khatib bin Abi Balta-ah pengkhianat
Walau dia islam tapi kirim surat
Pada pembesar Makkah bahwa Muhammad
Menyerang Makkah dengan askar yang hebat
Surat dibawa Sarah dan diperangkap
Oleh Ali dan Zubair disoal jawab
Ali dan Zubair diberitahu Rasul
Suratnya disorokkan didalam sanggul
Hatib bin Abi Balta-ah disiasat
Alasannya di Makkah Ada kerabat
Nasib baik Hatib ikut perang Badar
Kalau tidak lehernya dipenggal umar


NABI BERGERAK KE MAKKAH

Nabi pergi tanggal sepuluh puasa
Serta sepuluh ribu orang dewasa
Dari Madinah menuju kota Makkah
Dengan puasa sampai di Kadid mukah
Januari enam ratus tiga puluh
Dekat Makah menyalakan lampu suluh
Abbas itu panggilannya Abul Fadhal
Pergi dengan Abu Sufyan naik Bighal
Nampak lampu suluh yang terang benderang
Serta ramai tentera akan menyerang
Abbas kata itu Muhammad dan kawan
Dua belas ribu jangan kamu lawan
Wahai Abu Sufyan Hai Abu Hanzolah
Cepatlah meminta aman Rasulillah
Abu Sufyan mengadap Nabi Muhammad
Masuk Islam dengan membaca Syahadat
lalu cepat pulang memberi amanat
Perintah berkurung atau darurat
Siapa masuk dalam rumahku aman
Merekapun masuk rumah Abu Sufyan
Kerna rumah Abu Sufyan tidak muat
Masuk masjid juga dijamin selamat
Nabi mengarahkan ketua rombongan
Agar jangan memulakan peperangan
Orang Huzail Bani haris Bani Bakar
Menyerang khalid bin Walid dan mencabar
Diserang balas jadi perang yang hebat
Bani bakar mati dua puluh empat
Bani Huzail yang terbunuh empat orang
Naik bukit dikejar dari belakang
Abu Sufyan berteriak jangan lari
Apa sebab kamu hendak bunuh diri
Orang Islam yang mati Khalid Asyqori
Yang kedua Kurzin Bin Jabir Alfihri
Khalid ditanya aku sudah melarang
Apa pasal kamu sekalian perang
Khalid bin Walid pada Rasul menjawab
Kami sebenarnya yang diserang hendab
Terpaksa mereka kami serang balik
Kata Rasul qadha Allah lebih baik

BILAL AZAN ZUHUR

Waktu zuhur Nabi suruh bilal azan
Orang Makkah tidak suka mendengarkan
Ada di antaranya mentertawakan
Lalu tukar dengan pemuda tempatan
Abu Mihzarah yang suaranya merdu
Dilantik jadi muazin solat fardu
Walau usianya enam belas tahun
Tapi suaranya ramai yang terpegun
Dan diwarisi oleh anak cucunya
Menjadi muazin Makkah selepasnya


NASIB ORANG MAKKAH

Orang yang mesti dibunuh lima belas
Perempuan empat lelaki sebelas
Abdullah Bin Abi Saroh dan Bin Khatal
Habar Zuhair Ikrimah bin Abu Jahal
Maqis Huwairith Sofwan Bin Umayyah
Dan Wahsyi yang bunuh Sayyidina Hamzah
Kaab anak Zuhair serta Haris Hisyam
Semua diampunkan dan masuk Islam
Yang jadi dibunuh Qaribah dan Maqis
Abdullah bin hatal serta Huwaa-iris

TAWAF

Nabi tawaf naik unta tujuh kali
Muhammad Bin Muslimah yang pegang tali
Mereka bertakbir kuat dengan riuh
Bulan Ramadan di tanggal dua puluh
Bukan pakaian ihram tapi biasa
Sejak ini orang islam berkuasa

BERHALA

Semua berhala di sekitar ka’bah
Tiga ratus dan enam puluh direbah
Khalid diarahkan oleh Rasulillah
Membuang berhala Uzza yang di Nikhlah
Uzza tuhan Qurais dan bani Kinanah
Orang Bani Syaiban menjadi sadanah
Khalid diikuti tiga puluh orang
Naik kuda ke Nikhlah Uzza dibuang
Dua puluh orang yang dipimpin Saad
Pergi Kadid bembuang berhala Manat
Umar Bin Ash diutus Nabi merosak
Berhala orang Huzail namanya Suak

PERANG HUNAIN

Makkah Hunain perjalanan tiga hari
Sabtu tanggal yang keenam aidil fitri
Nabi serta dua belas ribu orang
Pergi bersama ke Hunain untuk perang
Tiga puluh ribu jumlah askar Hunain
Bani Thaqif Bani Said dan Hawazin
Perang Hunanin Uhud ada persamaan
Nampak menang berebut harta rampasan
Lalu orang kafir ambil kesempatan
Untuk menyusun semula kekuatan
Menjadi terbalik orang islam kalah
Hanya seratus yang kawal Rasulillah
Lalu diseru oleh Sahabat Abbas
Dengan suara yang kuat lagi jelas
Wahai peserta perjanjian samuroh
Wahai orang yang punya surah Baqoroh
Dengar itu orang Islam baru ingat
Perjanjian Hudaibiyah dan semangat
Perang sengit kemenangan yang gemilang
Milik islam dan banyak rampasan perang
Jumlah unta dua puluh empat ribu
Kambing lebih dari empat puluh ribu
Yazid, Muawiyah, Abu Sufyan Haris
Sofwan, Nadhor, Suhail, Huwaitib dan Qois
Malik Uyainah dan Abbas sama rata
Seorang dapat seratus ekor unta
Amiri Muhzimah Ala’, Said, Osman,
Hisyam hanya dapat separoh bahgian
Satu orang lelaki yang ikut jihad
Kambing empat puluh dan untanya empat
Nisbah yang jalan kaki dan naik kuda
Dibandingkan dapat tiga kali ganda
Orang Madinah tak dapat bahagian
Lalu menuntut hatinya tidak tahan
Sama-sama perang kita tidak dapat
Sedangkan orang Makah berlipat lipat
Nabi jawab Makkah dapat harta benda
Tapi kamu pulang membawa baginda
Pilih unta kambing atau pilih Rasul
Semua redha dan tiada yang usul
Syaima tawanan perang Hunain yang lesu
Saudari baginda yang sama menyusu
Pada Halimah ada tanda sedikit
Kesan berebut susu Syima digigit
UMRAH JAKRANAH

Baginda sebelum pulang ke Madinah
Umrah dulu ihramnya dari Ja’ronah
Dua puluh dua kilo meter jarak
Habis tawaf sai kepala dibotak
Malam Rabu dua belas Zulqaedah
Pulang Madinah perang tamatlah sudah

PERANG TAIF

Perang Hunain Orang orang kafir kalah
Mereka lari ke Taif serta Nehlah
Dan ke Autos dikejar dari belakang
Hingga bertemu lagi dan jadi perang
Nabi KeTaif datang dari Madinah
Sampai Taif Nabi dihujani panah
Peperangan terjadi rancak dan sengit
Dua belas orang Islam mati Syahid
Orang Islam menang dan dapat rampasan
Walau kena panah mata Abu Sufyan

PERANG TABUK MASJID DIRAR

Bulan Rojab tahun sembilan hijriah
Pergi Tabuk perang dengan susah payah
Kekurangan bekalan minum dan makan
Paling akhir Nabi ikut peperangan
Tiga puluh ribu orang yang mengikut
Nabi arah sedekah jangan kedekut
Abu Bakar sedekah semua hartanya
Yang tinggal hanya Allah serta Rasulnya
Separoh harta umar disedekahkan
Sepertiga askar diseponsor Osman
Mereka di Tabuk dua puluh hari
Musuh tiada semua sudah lari

MASJID DHIRAR DAN KEMATIAN
ABDULLAH BIN UBAY

Perang Tabuk sebelum Nabi berangkat
Diminta ke masjid Dirar untuk solat
Nabi dan para sahabat tidak senang
Besuk saja bila balik dari perang
Balik dari Tabuk Nabi akan singgah
Tapi Allah Taala telah mencegah
Nabi perintah supaya dirobohkan
Sebab motif masjid untuk kerosakan
Abdullah Bin Ubai sakit dan dirawat
Tiga minggu kemudian dia wafat
Wasiat Abdullah bin Ubay bin Syalul
Agar dikafankan dengan baju Rasul
Nabi jadi imam solat jenazahnya
Dengan harapan mendapat syafaatnya
Umar menghadap Nabi ketika solat
Jangan solatkan kafir dan pengkhianat
Allah menurunkan ayat surat taubat
Ayat lapan tiga Nabi terus solat
Takbirnya empat kali sehingga salam
Sebab Nabi melihat zahirnya Islam
Pasal kafan ramai yang tak puas hati
Nabi kata ini tidak manfaati

ABU BAKAR HAJI, ALI
SAMPAIKAN AMANAT

Abu Bakar tahun sembilan berangkat
Haji bersama tiga ratus sahabat
Nabi beri dua puluh ekor unta
Dan arahkan agar Ali ikut serta
Naik El-Quswa untuk melaksanakan
Perjanjin dengan musyrik dibacakan
Adat wakil perjanjian Orang Arab
Mesti dengan kerabat yang boleh harap
Perjanjian AM agar tidak di halang
Orang yang ke Baitil haram hendak datang
Dan semua aman tak rasa bahaya
Terutama di bulan –bulan muliya
Perjanjian khusus antara qabilah
Yang disepakati dengan Rasulillah
Ali baca perjanjian hari Nahar
Dekat dengan jamrah mereka mendengar
Lepas tahun ini tidak boleh haji
Bagi musrik dan tawaf telanjang keji

NABI MUHAMMAD HAJI

Nabi Muhammad haji tahun berikut
Sembilan puluh ribu orang yang ikut
Zulkaedah tanggal dua puluh lima
Hari Sabtu semua isteri bersama
Sampai Makah hari Ahad minggu depan
Lebih seminggu nabi di perjalanan
Di Bir Ali mereka pun solat sunat
Lalu ihram haji ifrod dengan niat
Terus bergerak dan membaca talbiyah
Di antara Madinah sampai ke Makkah
Tawaf tujuh kali minum air zamzam
Solat sunat didalam Masidil Haram
Sai dari Safa menuju ke Marwa
Tujuh kali pusingan muda dan tuwa
Tanggal lapan Nabi dan para sahabat
Pergi Mina hingga lima kali solat
Lepas subuh pergi lalu Muzdalifah
Ramai-ramai menuju padang Arafah
Nabi kutbah wuquf memberi amanat
Yang menjadi pedoman semua umat
Lepas maghrib di Arafah Nabi pergi
Mabit di Muzdalifah sehingga pagi
Ke mina jumrah aqabah yang dilontar
Lalu sembelih unta di hari Nahar
Si miskin dapat daging nasib terbela
Lalu tahallul dengan botak kepala
Nabi melakukan amalan di Mina
Kesemua jamrah dilontar sempurna
Nabi tawaf dengan berpakaian halal
Dua bulan lebih Nabipun meninggal

PERANG OSAMAH

Balik Haji Nabi menyusun rancangan
Osama memimpin satu peperangan
Ke Mu’tah di tempat ayahnya terbunuh
Belum pergi Nabi wafat jadi riuh
Ada yang setuju dan buat bantahan
Abu Bakar tegas mesti diteruskan
Tujuh ratus pergi tujuh ratus pulang
Osamah dapat kemenangan cemerlang

MENGIKUT SUNNAH NABI

Kita umat Nabi wajib mengikuti
Akhlaqnya dari lahir sehingga mati
Akan ikut lebih dulu mesti faham
Sairan ini membantu orang awam
Baginda sangat menjaga kebersihan
Pada rumah serta badan dan pakaian
Membawa sikat rambut dan kayu sugi
Bahunya wangi dirumah atau pergi
Cakapnya lemah lembut tak pernah bohong
Perkataan orang lain tak di potong
Tanya khabar pasal kawan yang tiada
Tidak beza miskin kaya tua muda
Bila berjabat tangan tidak lepaskan
Hingga kawan hendak melepaskan tangan
Semua urusan dengan mensyuarat
Sama kawan dan siapa yang terlibat
Bila buat sesuatu sungguh sungguh
Istiqomah dan tidak menangguh nangguh

ISTERI-ISTERI BAGINDA

Nabi nikah isteri-isterinya selepas
Khadijah wafat semuanya sebelas
Saudah esah Hafsah binti Abu hafsin
Zainab binti Huzaimah dan Binti Jahsin
Ramlah Hindun Shofiyah dan Juwairiyah
Dan yang akhir sekali nama Maimunah
Ketika siti Khadijah masih hidup
Isteri baginda seorang sudah cukup
Harta Khodijah diserashkan baginda
Nabi kaya sejak usianya muda
Hingga umur lima puluh tidak ingin
Nikah lagi dengan perempuan lain
Sungguh tidak adil bila dikatakan
Rasulullah itu kaki perempuan
Mari kita sama-sama muhasabah
Isteri nabi ramai memang munasabah
Peperangan dalam menegakkan Islam
Zaman Nabi kali enam puluh enam
Dalam perang ramai sahabat meninggal
Isteri mereka menjadi ibu tunggal
Umat nabi yang ramai nikah seorang
Dua sikit-sikit tiga jarang-jarang
Nikah empat boleh tapi kadang-kadang
Baru kita dengar dan banyak meradang

NABI WAFAT

Nabi mula sakit akhir bulan Safar
Kesan racun ketika perang Kha-ibar
Tinggal di rumah Maimunah Mula sakit
Pindah rumah Aisyah yang sambung masjid
Isya di hari Kamis malam Jumaat
Nabi mula mewakilkan imam solat
Tujuh belas kali kepada Sahabat
Abu Bakar Siddiq hingga Nabi wafat
Subuh Isnain para sahabat mengira
Nabi sembuh semuanya bergembira
Nabi buka kelambu dan ber-isarat
Agar para sahabat teruskan solat
Lepas subuh hari Isnain Nabi wafat
Menjaga solat itu akhir wasiat
Para Sahabat sama susah dan bingung
Osman macam bisu dan duduk termenung
Abdullah Bin Unais mati dan diusung
Kerana terkejut mungkin sakit jantung
Umar kata barang siapa yang ngomong
Nabi wafat lehernya akan ku potong
Abu Bakar kata dengan tenang hati
Siapa sembah Nabi sekarang mati
Yang menyembah Allah, Allah tidak wafat
Kata-kata ini menjadi nasehat
Dengar kata ini umar baru diam
Sejak tiga belas hari Nabi demam
Ali memandikan dan dibantu Fadhal
Serta Abbas dikafan yang paling afdhal
Dengan kain warna putih tiga lapis
Disolatkan bergilir tak habis-habis
Hadis Nabi bahwa kubur Nabi mesti
Di bumi mana tempat ianya mati
Abu Talhah orang yang menggali kubur
Di bawah alas tempat baginda tidur
Ali Abbas Fadhal Qatham orang empat
Yang memasukka Nabi ke liang lahad
Qubur ditimbus dinaikkan sejengkal
Atasnya disiram air oleh Bilal
Nabi wafat tidak meninggalkan harta
Rupa uang dinar kambing atau unta
Yang ditinggalkan hadis serta Al Quran
Tak sesat bila dijadikan pegangan
Sebelum Nabi dikubur bila azan
Baca sahadat riuh dengan tangisan
Kita umat yang hidup diakhir zaman
Walau tak bertemu Nabi tapi iman
Wajib syukur atas hidayah yang ada
Iman dijaga disematkan didada



KHOTIMAH/KESUDAHAN

Jika syair ini ada salah silap
Saya minta dibetulkan dan dimaap
Moga Allah memberi hidayah pada
Kita dan mendapat syafaat baginda
Segala puja dan puji milik Allah
Selawat dan salam atas Rasulullah
Syair ini susunan Hamdan Bin Muhtar
Dari Pondok salafi dia belajar
Diharap para pembaca menghayati
Sunnah Nabi sama-sama diikuti



WLLOHU A’LAM JAM 9.37 MALAM 16-09-07
TASHIH 26/09/07
Tashih 13-07-2008
Tashih 28-08-08

This entry was posted on Friday, February 6, 2009 at 10:43 PM . You can follow any responses to this entry through the .

0 comments